SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi SJKC Sungai Jan 欢迎来到双溪仁华校

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Jan  merupakan sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang tertua dan terbesar di daerah Jerantut.  Lokasi sekolah ini terletak  di tengah Bandar Jerantut.
SJKC Sungai Jan pada masa dulu dikenali sebagai Sekolah Yi Hua. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun 1949, sekolah diminta tutup buat sementara waktu kerana berlakunya huru-hara. Pada masa itu, kerajaan British telah menguatkuasakan undang-undang darurat. Penduduk-penduduk Cina persekitaran Sungai Jan ditempatkan semula di sebuah kampung baru.
Pada tahun 1950, sekolah ini dibuka semula dan ditempatkan di sebuah Balai Rakyat di Kampung Baru Cina. Oleh kerana kampung baru ini ada sebatang sungai kecil, maka sekolah ini pun diberi nama sebagai Sekolah Sungai Jan. Pada masa itu, hanya terdapat sebuah bilik guru, 4 buah bilik darjah, dan 2 buah bilik asrama guru sahaja. Bilangan murid hanya lebih kurang 100 orang. Guru Besar pada masa itu ialah Encik Looi Cheng Hua.
Pada tahun 1952, bilangan murid bertambah. Justeru itu, rancangan ubah suai dan memperbesar bangunan sekolah telah diadakan. Pada tahun 1953, kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan pihak sekolah memiliki tanah sebanyak 8 ekar sebagai tanah hak milik sekolah. Kos perbelanjaan pembinaan ini ahila sebanyak RM86,370. Bangunan baru sekolah ini berbentuk seperti kapal terbang yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah dewan dan sebuah bilik asrama guru. Di depan sekolah terdapat dua buah gelanggang bola keranjang.
Pada tahun 1956, bilangan murid bertambah dari 400 hingga kira-kira 600 orang. Guru besar pada masa itu ialah Encik Tan Jin Kai, Kemudian diganti dengan Encik Tong Bi Sheng. Pada tahun 1957, sebuah bangunan yang mengandungi 6 buah bilik darjah, 4 buah bilik asrama guru telah dibina. Sekolah ini dinaikkan taraf ke sekolah gred B pada tahun 1961 dan mendapat sokongan dan bantuan penuh dari kerajaan.
Pada tahun 2004, Encik Mah Chin Heng telah menjadi guru besar sekolah ini sehingga tahun 2015. Sekolah ini juga mempunyai 56 orang guru dan kira-kira 940 orang murid. Sekolah ini juga mempunyai 2 buah prasekolah dan 30 kelas biasa.
Encik Li Yoon telah menjadi guru besar sekolah ini pada tahun 2016.


No comments:

Post a Comment